TERIMA KASIH

tanggal 1/1/11 kau wat aku betul-betul panas hati dengan sikap kau tu. sebenarnya aku memang dah lama panas hati dengan kau selama ni tapi aku wat bodo je sebab malas nak melayan. bila dah selalu sangat kau wat aku panas, lama-lama aku meletup sampai terus delete kau dari YAHOO MESSENGER & block kau dari FACEBOOK. baru puas hati aku bila aku wat macam tu walaupun dalam masa yang sama aku rasa serba salah kat kau. :( mana tak nya, dulu kita penah baik, selalu chat, lepas tu kadang-kadang merajuk (gedix giler) tapi sebab seseorang, kau selalu nak sakitkan hati aku. terasa dowh bila kau tetiba berubah layan aku macam nak tak nak lepas tu nak sakitkan hati aku. :'( sebab tu aku wat keputusan untuk delete kau. masa tu hati aku betul-betul sakit.

tapi arini 30/1/11 tetiba kau chat dengan aku kat ym. huhuu.. (kau nak pujuk aku ek?) bla....bla....bla....bla....bla....bla....bla....bla....bla....bla....  maka dengan itu berdamai la antara aku dengan kau.. lalalala.. ^_^

kau yang bernama KHAI ^_____~


jangan gaduh-gaduh lagi taw.. janji!

kawan sampai bila-bila taw


^_____^

p/s : TERIMA KASIH sebab sudi berkawan dengan saya lagi. tutup kisah lama buka kisah baru.


happy bday kakak ipar

HAPPY BIRTHDAY KAK ESYA a.k.a kakak ipar ku!! macam biasa la ucapan SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZEKI.. cepat-cepat la dapat BABY yer..^__^ hope hubungan kak esya dengan ijan kekal hingga akhir hayat.. amin~~ 




NURESYA IDAYU



di sebalik DUIT

kat dunia ni semua orang suka duit kan. mana tak nya, zaman sekarang ni semuanya kena guna duit. nak beli barang, nak kahwin, nak  wiwi (buang air kecil) pon kena bayar dulu kat tandas awam tu dulu lepas tu baru boleh wiwi. senang cerita semuanya kena guna duit KECUALI kasih sayang.. OK! nak tau apa disebalik duit? jom kite layannnnnn~~ 

  1. dengan adanya duit, perasaan korang boleh berubah mengikut keadaan. contohnya, berlagak bila ada duit dan segan/malu bila tiada duit.
  2. walaupun duit tidak boleh berkata-kata tapi duit boleh buat korang menjadi hambanya, bergaduh kerananya dan berpecah-belah juga kerananya.
  3. duit tidak mempunyai perasaan tapi manusia yang akan perasan bila banyak duit dan terus merasakan tidak cukup dengan apa yang ada.
  4. serapat mana pun korang dengan duit, bila mati duit itu sama sekali tidak akan ikut korang ke dalam kubur, membaca doa untuk korang atau menziarahi kubur korang di Hari Raya.
seronok kalau dapat duit banyak macam ni



p/s : hidup kat dunia ni sementara je. so tak payah la nak kedekut atau berkira sangat ye

nak KASUT baru

belikan kasut baru untuk aku boleh tak? tahun ni aku tak de kasut baru pon lagi.. :( nak beli kasut tapi duit tak de pulak. ekonomi aku tahun ni belum stabil lagi la.. adoii..>,< ok! sekarang ni aku betul-betul geram giler dengan kasut macam ni

smart giler seyh!! geram!!! suka sangat-sangat 
la wei! nak yang ni <3

 
yang ni pon comey jugak! nak yang 
ni jugak la..hehe

kasut yang atas ni pon ok jugak..^_^ beza dia cuma kat 
depan kasut ni nampak jari kaki sikit.. nak belikan 
yang ni pon aku tak kisah

haaa.. tu dia kasut yang dah siap digayakan dengan model!! 
amacam? cantek kan? 

pergh!! aku memang suka habis la dengan kasut kat atas tadi tu. KACAK siot kasut tu! tapi aku paling berkenan habis dengan kasut yang warne hitam tu.. suka suka suka suka suka!!!! mak SUKA sangat nokkk!!

p/s : kalau tak ada sesiapa nak beli kan untuk aku, tak pe, aku tak kisah pon. aku boleh beli sendiri tapi hulurkan la duit kat aku..hehehe... HULURKAN DUIT RINGANKAN BEBAN





B A R U

nak tau ape yang baru?? ok cheq nak habaq mai kat angpa suma apa yang baru sangat ni.. ^__^
1. TAHUN BARU - kita kan dah masuk tahun 2011 sekarang ni.. happy belated new year u all!!
2. AZAM BARU - tahun baru so azam pon baru la kan.. azam aku tahun ni banyak jugaklah. tp aku boleh bagi tau DUA je.. 
     satu : aku nak pakai tudung
      dua : aku nak jadi CHEF kat rumah *lepas ni chef-chef kat luar sana kalau korang x de job jangan marah..HAHAHAA :D
3. BLOG BARU - sempena tahun baru ni, aku pun wujudkan la juga blog baru atas sebab-sebab yang tertentu.
4. RUMAH BARU - *korang fikir aku kaya nak ada rumah baru? bapak aku tambah-tambah sikit je pe yang patut.
5. BILIK BARU -  ni baru betul bilik baru sebab aku akan tukar bilik lepas semua benda dah settle! tukar bilik dari bilik tengah ke bilik belakang. *tukar pangkat la kau manje  :(

P/S : azam aku tu aku akan wat slow-slow ok.. hope berjaya ^_~